aku izinkan setiap coretan ini digunakan . gunakan . tiada batasan . cukup dengan kau tidak nafikan nukilan ini aku yang ukirkan . baca dengan hati . hayati setiap bait hidup dan mati .

dari hawa untuk adamnya .

Hawa aku tahu aku juga pendosa
Jadi aku tak mahu menambah dosa
Ambillah sedikit masa
Luahan kami dari lelaki yang hidup dengan mata
Yang sering terbuka
  
Hawa
Kau kata aurat mu terjaga
Kau berpakaian longgar
Kau berbaju kurung
Tapi kau lupa
Rambut mu
Aurat yang kau tak jaga

Hawa
Kau kata
Kau dah jaga semua
Kau bertudung cantek
Kali ini kau bertudung fesyen entah siapa
Adakah kau lupa
Sepatut nya bertudung itu menutupi paras dada
Atau kau mula cipta hukum sendiri
Cukuplah semua dibalut rapi

Hawa
Adakah kau lupa
Adakah dulu kau tidak dipersekolahkan oleh ibu bapa
Untuk memahami dua beza

Hawa
Kau kata semua kau dah jaga
Kau bertudung biasa
Seperti yang biasa biasa
kau silangkan tudung mu kekiri dan kekanan
Baju mu berlengan pendek
Tapi kau tahu juga
Kau guna "handshocks" agar aurat mu terjaga
Adakah kau lupa
Membalut dan menutupi itu punya banyak beza

Hawa kalau aku kata
Aurat mu masih belum terjaga dengan sempurna
Kau mula kata
Aku lelaki yang kuno hidup dizaman purba
Adakah kau juga lupa
Dulu manusia tidak berpakaian apa
Jadi adakah aku atau kau yang semakin purba

Hawa
Ya.. kau yang sedang senyum
Saat aku mengata mereka tak sempurna
Adakah kau sudah menjaga auratmu dengan sempurna
Kau cantek berpurdah bertudung labuh jua
Tapi wajah mu jadi tatapan si pemuja cinta
Kau juga lupa
Cantek kau berpurdah senyum dimata
Tapi kau jua bermain mata
Dengan mata mu yang mengoda
Walau wajah tak terlihat semua

Hawa
Kau yang bepurdah
Hari ini mungkin berwarna jingga
Esok mungkin merah menyala
Cukuplah dengan mata mu yang menggoda
Tak perlu kau tayang setiap masa
Kalau jua kau kata kau auratmu terjaga dengan sempurna
Mengapa kami lelaki yang punya mata
Tak bisa memejam seketika
Adakah itu sudah kau kata
Aurat mu terjaga dengan sempurna

Jadi wahai hawa
Mula lah nilaikan diri
Sudah cukupkah aurat mu terjaga
Kerna bukan sekadar kami yang perlu menjaga mata
  
Sedarlah wahai hawa
Seindah indah hiasan didunia
Ialah wanita yang solehah
Yang bakalan menjadi isteri kami yang berupa bidadari dunia

*dari entry di blog wan hazel .

*dan aku rasa nak balas balik pulak .

Adam , aku tahu kau punya dosa ,
Dan kau tahu kita sama-sama punya dosa .
Maaf bila aku demand masa
Tapi maaf aku harus berkata
Jika kau punya mata
Kau pasti bijak menjaga penglihatan yang ada
Jangan biar ia terus terbuka

Adam
Aku tak pernah lupa usaha
Untuk jaga aurat yang sedia ada
Aku tak lupa aku tak alpa
Cuma mungkin belum sepenuhnya sedia
Aku masih mencuba


Adam
Aku jaga semua yang mampu dijaga
Aku tahu kau juga ada
Aku sedar khilaf yang nyata
Maaf bila terlanjur berkata
Aku cantik terhias juga kerana kamu yang pinta
Ya aku lupa
Yang sepatutnya tertutup itu separas mana
Bukan hukum sendiri yang aku cipta
Cuma kala ini khilafku hanya fikirkan gaya
Aku lupa . ya aku lupa .


Adam ,
Apa kau juga lupa ?
Setinggi mana tahap ibu bapa ?
Jangan kau hina dan jangan kau tuju salah aku kepada mereka
Maaf bila aku pinta
Salah aku bukan salah mereka
Aku cukup dididik dan dimanja
Aku tahu mana bezanya
Cuma mungkin aku alpa tentang sesuatunya


Adam ,
Aku usaha jaga .
Terima kasih atas teguran dan kata-kata
Mungkin bukan dari pandangan mata
Tapi aku harap hatimu juga sudi berkata
Berkata dalam doa pinta kepadanya
Semoga satu hari ada hidayah terselit diantara
Maaf bila aku dah usaha tapi belum berjaya



Adam ,
Maaf bila aku pernah terlanjur kata
Maaf bila aku tak berjaga-jaga
Maaf bila aku tak kenal rupa
Aku harap kau sedar aku juga cuba
Masih mencuba
Dan terus berusaha



Adam ,
Apa lagi yang tak kena ?
Sudah aku jaga
Sudah aku tutup semua
Tapi masih kau tak berhenti berkata
Masih kau kata aku tak jaga mata
Masih kau kata aku menggoda
Sampai bila ?



Adam ,
Pernah kau fikir dan duga
Sesudah aku menjaga auratku dengan sempurna
Giliran kau pula menjaga matamu dengan sesungguhnya
Cukuplah berhentilah menjaja tentang aku yang memang tak pernah sempurna
Kerana sesungguhnya aku yang DIA cipta
Bukan sempurnanya aku untuk kau yang dah sedia DIA cipta sempurna


Adam ,
Terima kasih dengan semua
Aku harap aku punya nilainya
Aku cuba
Dengan aurat yang sedia ada
Aku jaga
Cuma kerana mata kalian ya adam .



Terima kasih adam yang dicipta
Untuk melengkapi kami hawa dengan tulang rusuk yang belum sempurna
Siapa kah dia
Masih menjadi rahsia
Semoga aku berjaya jadi yang solehah
Dimata suami yang pingin isteri yang belum dijamah dunia
Terima kasih kau yang sejahtera .
Inshaa Allah kau bidadara aku disyurga .

*tiba-tiba rasa nak reply balik post entry dari blog wan hazel :)

No comments:

Post a Comment

say la la la and la !